bukan semua takaful sama
July 13, 2009saya sering dapat feedback, orang kata ” ah, takaful ni semuanya sama” – dengan nada yang kurang enak.
Takaful – adalah dari bahasa arab yang bermaksud insurans. syarikat takaful di malaysia ada banyak, jadi takaful ini cuma nama am, bukannya kalau kata takaful , ada satu syarikat aja. Di Malaysia ada Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas, Etiqa Takaful (dulu nama Takaful Nasional) dan Prudential BSN Takaful.
apakah yang membezakan setiap takaful ini?
1. Sistem – cara bagaimana data2 client disimpan, cara bagaimana pengendalian syarikat, cara bagaimana menguruskan data base client yang berjuta-juta orang. Sistem Prudential sangat uptodate, jika anda register insurans/takaful hari ini, esok dah masuk sistem. Sistem ini di update setiap hari.
2. Agent/Walk-in/telefon – ada insurans/takaful yang menggunakan cara walk-in , boleh beli sahaja insurans di bank/premis. maksudnya macam kita beli baju di kaunter, bayar then u get the product. Atau beli melalui operator yang call. Pada saya, satu kelemahan jika anda beli cara walk-in tanpa ejen, pada masa anda ingin buat claim, semua urusan harus dilakukan sendiri. bayangkan kalau ketika itu anda sedang terbaring, macamana nak buat claim??
3. Latihan/Training pada ejen - Prudential sangat percayakan bahawa dengan training yg bagus, semua ejennya akan menjadi lebih profesional, berjumpa client dengan cara yg bijaksana bukannya push-selling. Di Prudential, training ada setiap hari, malah ada 3-4 training setiap hari. apa saja yang anda ingin belajar, pasal tax/insurans/takaful/cara selling semuanya ada. antara rajin atau tidak sahaja…..
4. Produk – Medical Card kami adalah in-house ; dimiliki oleh Prudential/PruBSN. maksudnya, semua bayaran kepada hospital dibuat oleh Prudential.. kita tidak out-source medical card kita kepada company lain. we own our medical card. Ejen Prudential/PruBSN amat menekankan kepentingan Medical Card, anda perlu beli card ini, kerana kita takkan tahu bila kita akan sakit. Bayangkan jika anda sakit, anda pasti call ejen , nak claim lah jugak kan sebab dah tiap2 bulan dok bayar insurans. Bayangkanlah kalau ejen kata “ eh, kita tak boleh bayar apa2 kat awak sebab awak tak amik medical card”…
kerana kes2 sebeginilah, ramai yg kata takaful ni menipu…..
Kerana itulah, ejen2 prudential bsn takaful, pada pendapat saya , agak lain dengan gaya2 ejen company lain. Kami lebih pentingkan produk. kualiti pada jualan, servis selepas jualan & relationship yang baik dengan client.
Tidak dinafikan, ada juga ejen-ejen Pru yang tidak profesional.
Insya allah, saya amat suka jika boleh bersahabat dengan client2 saya.
memilih agen insurans yang bagus
February 6, 2009bagaimana anda ingin memilih agen insurans yang bagus, dan dapat membantu anda menangani claim pada masa depan?
1- anda perlu selesa dengan agen ini, dari segi bercakap, dari segi fizikal.seronok aja bersembang dengan agen…. ye lah jika anda tidak sesuai atau rasi dengan agen, macamana nanti bila sakit2 nak mengadap agen..betul tak?
jadi jika anda ada kawan yang buat insurans, risik2 lah pada kawan anda itu dahulu, mana tahu dia tu memang buat kerja bagus.
2- tanya previous claim yang pernah dibuat, apakah kesukaran yang dia pernah alami masa nak buat claim. dari cerita2 dia, boleh lah anda tentukan , ok ke tak ok agen ni buat kerja. if agen cerita, claim banyak tak approve sebab asyik salah doktor jer,mungkin anda perlu tanya lebih lanjut…..mungkinkah agen tu kurang arif bab claim, malas nak buat claim, atau memang benar doktor /hospital yang tak membantu utk buat claim….
3- jika anda sudah pernah masuk hospital, you should tell ur agent, and dia patut declare perkara itu di dalam borang. katakanlah penyakit itu serius, seperti kes sakit perut ker….perlu juga ditulis dlm borang tu utk mengelakkan non-disclosure. kalau agen tu kata… ‘aa, ini sikit jer tak perlu declare ‘, mungkin anda perlu berhati0-hati kerana ada banyak kes claim yang tidak dibayar oleh company insurans kerana non-disclosure.
sakit perut tapi warded, adalah kes yg bahaya….sebab boleh melarat kepada kes yg lebih besar. banyangkan jika anda tidak beritahu agen/agen kata tak perlu tulis dlm borang proposal insurans, katakanlah selepas setahun anda disahkan mengidap penyakit barah usus…dan kes sakit perut anda itu sebenarnya tanda2 awal………………almaklum payahlah anda nak claim pada syarikat insurans…………
……bersambung lagi…….
insya allah..
cari insurans yang bagus?
May 1, 2008ini soalan yang paling susah, susah agen nak jawab. hehe @_@. sebabnya, kalau tanya soalan tu kat agen Prudential, mestilah saya kata Prudential the best, kalau tanya agen..er..er..yg lain, mesti dia cakap dia bagus.
jadi macam mana nak pilih kan?
sebenarnya, cuba tanya diri anda sendiri. Ask your needs. Kenapa mahu insurans? perhaps here a few things to check before buying an insurance policy ;
1- Untuk apa? Pembiayaan bil hospital jika warded? atau sekadar mahu manfaat penyakit kritikal?
2- Bagaimana cara pembayaran bil hospital? adakah anda perlu bayar duit anda dulu, claim kemudian? Ini boleh jadi masalah besar, jika bil hospital besar, let’s say RM20,000, mampukah anda keluarkan duit there and then?
3- Jika anda mencari Medical Card, pastikan tentang ko-insurans. Yang ini isu sensitif. Macam PruBSN Takaful, kami memang nyatakan dengan jelas, co-insurance yang akan dibayar oleh client adalah dari RM300-RM1000 sahaja. Tertakluk kepada 10% dari bil.
(Cth): Katakan bil RM50,000, 10% adalah RM5000. Tapi anda cuma perlu bayar RM1000 sahaja.
Anda perlu hati-hati dengan kata-kata agen, pastikan anda baca sendiri pada pamplet/polisi. Kerana memang ada medical card yang bayar 100% bil, tapi tertakluk pada term & conditions.
Apakah term & conditions nya?
(Cth): Jika medical card itu membolehkan anda entitle untuk Room & Board RM100, tapi anda masuk bilik RM150, anda akan terus dikenakan ko-insurans 20% dari bil. Jika bil RM20k, 20% adalah RM4000. Ada juga yang limit ko-insurans dari RM300-RM3000.
Ramai yang hadapi masalah, hal ini tak diceritakan masa sesi penerangan. Lepas dah sign baru cerita.
4- Hospital Daily Benefits
Jika anda masuk hospital, adakah diberi elaun harian? Ada company yg bagi elaun harian sehingga RM400 sehari. (Kami pun ada juga). Katakan anda masuk 5hari, anda dah dapat RM2000! bolehlah tampung perbelanjaan pergi-balik suami atau belanja time di hospital.
Elaun ini adalah berlainan dengan bil atau harga bilik hospital.
One more thing, adakah jika anda masuk hospital kerajaan, elaun harian cuma RM80? (ada yang bagi elaun jika anda masuk hospital kerajaan sahaja)
5 - credibility company insurance.
Ini paling penting. Bolehkan company itu membayar claim dengan cepat? Adakah agen nya full time/part time kerana pada sesetengah orang, hal ini memainkan peranan. Kalau boleh, mintak tengok claim report.
Pada saya, jika mahu membeli sesuatu yang long term, perlu pilih company yang hebat & kukuh. Kalau boleh yg speciality company itu hanyalah pada bidang itu sahaja.
Ada banyak lagi. Saya akan cuba sambung lagi insya allah. Yang penting, buatlah pilihan bijak dengan shop & ask around~
Posted by nafnaf
Posted by nafnaf
Posted by nafnaf 
